Menu
Majlis Bandaraya Diraja Klang SejarahPenguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.
Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Ia telah diisytiharkan penaiktarafan kepada Majlis Bandaraya Klang pada Julai 2023[1], dan dimasyhurkan dengan nama Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 5 Februari 2024[2], dan secara rasmi akan menukar nama selepas mendapat perkenan Sultan Selangor kelak.
Menu
Majlis Bandaraya Diraja Klang SejarahBerkaitan
Majlis Majlis Raja-Raja Majlis angkat sumpah Joe Biden Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis Keselamatan Negara Malaysia Majlis Perbandaran Kajang Majlis Bandaraya Diraja Klang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Majlis Agama Islam Wilayah PersekutuanRujukan
WikiPedia: Majlis Bandaraya Diraja Klang http://www.mpklang.gov.my/ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/klang-d... https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/26/kla...